Carian
Jepun Kini Hadir Dengan Penyepit Makanan RGB Untuk Para Pemain Permainan Video
May 31, 2022 Fahim Zahar

Apabila kita bercakap mengenai permainan video atau gaming, pasti RGB akan terlintas dalam fikiran. Kebanyakan aksesori dan barangan gaming pasti akan menyertakan lampu LED untuk menambah pengalaman bermain yang lebih imersif dalam ruangan masing-masing.

Di Jepun, sebuah kedai gajet Shanghai Donya telah hadir dengan chopstick atau penyepit dengan lampu LED terbina menyasarkan pemain permainan video. Penyepit ini diperbuat daripada bahan resin dan plastik, di mana bahagian resin adalah untuk menyepit makanan dan plastik adalah untuk bahagian komponen.

Ia boleh dikatakan satu aksesori RGB, kerana terdapat sembilan pilihan warna yang boleh ditukar dan pengguna turut boleh menetapkan lampu berbeza pada setiap satu penyepit untuk tetapan yang lebih unik. Ia mempunyai kuasa yang cukup baik sehinggakan menurut mereka, cukup terang untuk menyepit makanan dalam gelap ketika sesi bermain dalam bilik yang gelap.

Bahagian penyepit yang bersaiz 260mm ini dikatakan hanya untuk menyepit makanan kering sahaja atau apa-apa makanan asalkan bukan digunakan untuk makanan panas dan untuk memasak. Ia dijual di Jepun sahaja pada harga 580 Yen, iaitu sekitar RM20 sepasang.

Komen