Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) akan ditamatkan pada hari ini, 31 Mei 2022, dimana lepas ini, tiada lagi vaksin Pfizer dan Sinovac yang akan ditawarkan secara percuma oleh KKM untuk kanak-kanak.
Mereka yang berusia 5 tahu ke bawah 12 tahun akan perlu dapatkan vaksin Covid-19 secaara berbayar di pasaran swasta selepas ini.

Apa pun, beberapa kelonggaran diberikan – termasuk kepada mereka yang terpaksa batalkan temu janji disebabkan jangkitan Covid-19. Pemberian vaksinasi secara jumpa terus di Klinik Kesihatan perlu dilakukan dalam tempoh 6 minggu selepas sembuh, atau selewatnya pada 30 Ogos 0222.
Selain itu, semua janji temu untuk dos pertama yang dijadualkan selepas 31 Mei 2022 untuk kanak-kanak berumur 5 tahun kee 12 tahun, akan terbatal dan perlu ke Klinik KKM berhampiran secara jumpa terus.