IQOO Neo 6 telah dilancarkan di China sekitar bulan April yang lalu. Kini, ia telah dilancarkan di peringkat global bermula dengan India terlebih dahulu. Sungguhpun hadir dengan rekaan dan perkakasan dalaman yang berbeza dengan variasi di China. Pada dasarnya, ia hanyalah sebuah iQOO Neo 6 SE yang dijenama semula.
Untuk spesifikasi lengkap, ia menggunakan skrin sebesar 6.62-inci AMOLED dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 870, memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB. Bateri pula berkapasiti 4,700mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas 80W.
Sistem tri-kamera yang digunakan terdiri dengan 64MP + 8MP + 2MP, seterusnya kamera hadapan pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah menjalankan FunTouchOS 12 berasaskan Android 12, Bluetooth 5.1, pembesar suara yang menyokong Dolby Hi-Res dan sebagainya.
Untuk harga, IQOO Neo 6 dijual pada harga INR29,999 (~RM1691) (8GB/128GB) dan INR33,999 (~RM1,917) (12GB/256GB). Terdapat dua pilihan warna yang disediakan seperti Dark Nova dan Cyber Rage.