Imbas.io Ingin Memudahkan Penggunaan NFT Dalam Dunia Sebenar

Diterbitkan pada Mei 31, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Arena NFT hangat diperkatakan ramai sejak daripada tahun lepas, dengan beberapa projek turut menjanjikan ia boleh diimplementasi dalam penggunaan dunia nyata. Kini, salah satu perkhidmatan tempatan ingin memudahkan lagi proses berkenaan, dinamakan Imbas.io.

Menggunakan Imbas.io, ia ingin memudahkan implementasi dan penggunaan NFT dalam dunia sebenar.

Melalui Imbas.io, pengguna hanya perlu mengimbas NFT dalam menikmati ganjaran yang disediakan untuk sesuatu NFT berkenaan.

Dengan langkah ini, ia membolehkan pemilik NFT untuk dapat ganjaran dan menguruskan pelbagai promosi khusus disebabkan pemilikan NFT pada dunia nyata. Perkara sama juga untuk penyedia atau penerbit NFT yang boleh menguruskan siapa yang menebus promosi dan sebagainya.

Buat masa ini, Imbas.io masih pada peringkat awal, dan telah mempunyai beberapa rakan kerjasama, termasuk seperti Big Boss Publika, Rumah Tangsi, KopiK dan beberapa yang lain.

komen


© Amanz / 2022 Kami