Carian
Terma Inggeris Dalam Permainan Video Diharamkan Perancis Bagi Menjaga Keaslian Bahasa
May 31, 2022 Effi Saharudin

Di Malaysia banyak terma gaming Inggeris digunakan seharian kerana ia lebih mudah difahami serta tidak memeningkan kepala kerana sudah sedia dipakai. Kadang kala kami di Amanz turut terpaksa berfikir banyak kali sama ada untuk menterjemah ataupun tidak disebabkan isu yang sama. Di Perancis, kerajaan telah mengharamkan penggunaan terma Inggeris dalam gaming bagi menjaga keaslian bahasa rasmi negara.

Alasan lain yang diberikan ialah bagi meningkatkan pemahaman bahasa kerana terma Inggeris dikatakan sukar difahami. Antara terma yang tidak lagi boleh digunakan dalam dokumen rasmi pro-gamer, streamer, esports dan cloud gaming. Di Malaysia isu ini tidak terbit kerana boleh dikatakan kesemua terma tersebut sudahpun mempunyai wujud terjemahannya.

Komen