Siri Xiaomi Pad 6 Mungkin Tiba Tahun Ini Dengan Cip Snapdragon 8 Gen 1 Dan Pengecasan 120W

Diterbitkan pada Mei 31, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi Pad 5 adalah sebuah tablet yang menarik. Ia adalah sebuah tablet kelas pertengahan premium yang mempunyai skrin hebat, cip berkuasa, menyokong stilus dan dijual pada harga mampu milik.

Tahun ini, Xiaomi dijangka akan mempunyai empat model dalam Xiaomi Pad 6 iaitu Pad 6, Pad 6 Pro, Pad 6 Pro 5G dan sebuah tablet Redmi. Tablet ini akan mempunyai pilihan cip Dimensity 9000, atau juga cip Snapdragon 8 Gen 1.

Sokongan pengecasan 120W turut dijangka akan disokong pada tablet ini bersama-sama dengan skrin berkuasa dengan kadar segar semula tinggi 144Hz. Kesemua tablet ini juga dijangka akan dilancarkan pada suku ketiga tahun 2022 dan jika Xiaomi kekal dengan perisian mereka, tablet-tablet ini akan menjalankan MIUI for Pad.

Adakah anda berminat untuk memiliki sebuah tablet Xiaomi yang lebih berkuasa berbanding Xiaomi Pad 5? Jika ya, sama-sama kita nantikan.

komen


© Amanz / 2022 Kami