Carian
Grab Kini Mempunyai Sekitar 30.9 Juta Pengguna Aktif Bulanan Yang Melakukan Transaksi
May 31, 2022 Aman

Grab telah pun mengeluarkan data untuk suku tahunan pertama 2022 yang lepas, dan berkongsi dari segi pendapatan serta beberapa statistik yang lain.

Mengikut data yang dikongsikan, Grab kini mempunyai sekitar 30.9 juta pengguna aktif bulanan yang melakukan transaksi – yang mana didefinasikan sebagai pengguna yang melakukan pembelian atau pembayaran menggunakan aplikasi Grab.

Ini adalah peningkatan hampir 10% berbanding tahun lepas, dimana ketika itu ia sekadar 28 juta pengguna sahaja.

Angka ini adalah dengan turut menyertakan angka pengguna OVO – iaitu salah satu dompet digital yang telah diambil-alih oleh Grab, berpusat di Indonesia.

Tanpa angka pengguna OVO, Grab mempunyai sekitar 27.8 juta pengguna aktif setiap bulan yang melakukan transaksi pada platform mereka.

Komen