Kerajaan Pulau Pinang Mulakan Ujian 5G Di Tiga Lokasi Tanpa Menantikan Syarikat Telekomunikasi
Aman
Kerajaan Pulau Pinang kini berkongsi mengatakan mereka telah memulakan ujian rintis membangunkan infrastruktur spektrum jalur lebar 5G di tiga lokasi sekitar George Town.
Pulau Pinang mengatakan mereka melaksanakan sendiri ujian rintis di tiga lokasi George Town kerana masih tiada hala tuju berkenaan syarikat mana yang akan mengendalikan rangkaian 5G.
Projek ini juga dilaksanakan dalam menguji ketersediaan pihak berkuasa tempatan seperti majlis perbandaran dan juga kerajaan negeri dalam menerima perkhidmatan 5G – termasuk penyediaan infrastruktur yang diperlukan.
Dari segi pihak DNB pula, mereka sebelum ini telah menyatakan sedang membangunkan beberapa tapak 5G di Pulau Pinang, namun tidak diketahui lagi bilakah pengenalan rasminya. Pada hari ini, hanya Yes sahaja yang menawarkan perkhidmatan 5G kepada umum. Kerajaan juga memberikan tarikh sehingga 30 Jun dalam memastikan semua syarikat telekomunikasi memeterai perjanjian bersama pihak DNB untuk pelaksanaan 5G.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.