AtlasVPN kini berkongsi laporan, mengatakan terdapat sekitar lebih 1 bilion pengguna internet yang menggunakan pelayar web Safari pada hari ini.
Ini sekaligus menjadikan pelayar web kedua dengan pengguna melangkaui lebih 1 bilion – selain Google Chrome.
Pelayar web Safari digunakan pada pelbagai produk Apple, termasuk pada Mac, iPhone dan juga iPad. Ia menawarkan pengalaman baik pada produk Apple, termasuk pengoptimasian dari segi penggunaan bateri.
Sebagai perbandingan, Google Chrome dikatakan mempunyai lebih 3.3 bilion pengguna di seluruh dunia. Nombor ini hadir berdasarkan statistik yang dikongsikan melalui perkhidmatan GlobalStats.