Cari @ Amanz

Apple sedia menjadualkan acara WWDC 2022 pada minggu hadapan, dimana salah satu perkara yang dinantikan adalah pengenalan set kepala Apple – atau mungkin pengenalan sistem operasi realityOS untuknya.

Apa pun, mengikut spekulasi Ming-Chi Kuo, ia dikatakan Apple mungkin tidak berkongsi berkenaan dengan set kepala mereka pada acara berkenaan.

Ini dikatakan kerana Apple mungkin ingin mengelak set kepala mereka ditiru pesaing mereka – dan hadir dengan alternatif mereka tersendiri sebelum Apple berjaya memasarkannya.

Pada hari ini, sejumlah cabaran dihadapi, terutamanya dari segi pengeluaran. Industri teknologi terkesan dengan kekurangan semikonduktor – membuatkan pelbagai pihak mengurangkan sasaran pengeluaran peranti pada tahun ini. Selain itu, disebabkan beberapa had di China, ia turut menyukarkan kilang beroperasi pada kapasiti penuh.

Apa pun, sama-sama kita nantikan acara WWDC 2022 pada minggu hadapan, dan lihat apakah kejutan yang disediakan oleh Apple pada acara berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd