Apa yang menghalang saya menggunakan TikTok ialah format video menegak dan terlalu banyak elemen antaramuka dipaparkan pada skrin ketika video dimainkan. Nampak semak samun jika dibandingkan dengan YouTube misalnya. Menurut laporan TechCrunch, TikTok kini sedang menguji paparan video baharu yang lebih bersih tanpa maklumat akaun, sumber audio, kapsyen dan komen.

Dengan antaramuka baharu ini, pengguna boleh memilih Clear Mode dari tetapan aplikasi. Apabila dimainkan TikTok kini kelihatan seperti aplikasi penstriman video lain kerana kandungan dipaparkan tanpa sebarang elemen lain.
Pada waktu ini hanya sebilangan kecil pengguna diberikan peluang mengujinya. Diharap ia akan diberikan kepada lebih banyak pengguna kerana ia adalah ciri yang secara peribadi saya inginkan sekarang juga.