Cari @ Amanz

Kebanyakan jam tangan pintar sebenar seperti Galaxy Watch, Apple Watch atau TicWatch akan mempunyai ketahanan bateri sekitar 1-2 hari sahaja. Apple Watch Series 7 boleh bertahan hampir dua hari, Galaxy Watch4 sebelum ada Google Assistant juga lebih kurang sama dan TicWatch Pro 3/Pro 3 Ultra pula adalah satu-satunya jam Wear OS yang pernah kami uji bertahan sekitar 3-4 hari.

Jam Wear OS baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi adalah daripada Google sendiri, iaitu Pixel Watch. Ia akan menjalankan Wear OS 3.x, mempunyai Play Store dan Google Assistant baharu serta menyokong pengecasan USB-C seakan Apple Watch Series 7.

Bateri Pixel Watch dilaporkan berkapasiti bawah 300mAh, dan ketahanan dikatakan bertahan hanya satu hari. Data ini diperoleh melalui ujian dalaman, yang mana tidak pasti adakah ini untuk penggunaan ekstrem atau ketahanan keseluruhan.

Pixel Watch juga dikatakan tidak akan mempunyai pengecasan pantas yang cukup pantas. Ia mungkin akan mengambil masa sekitar 110 minit iaitu hampir dua jam. Mungkin akan ada perubahan sebelum pelancaran nanti, tetapi Pixel Watch setakat ini tidak menawarkan ciri atau fungsi unik. Cip pun usang dan yang unik dan menarik hanyalah pada rekaan.

Apa kata anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd