Oppo Malaysia kini berkongsi perancangan untuk hadir dengan peranti baharu di bawah siri A. Melaluinya, mereka bakal memperkenalkan Oppo A77 yang lengkap dengan sokongan 5G terbina melalui penggunaan cip MediaTek Dimensity 810.

Ia juga akan dibekalkan dengan bateri 5,000mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas 33W. Kemudian, pembesar suara stereo turut digunakan untuk pengalaman audio lebih emersif. Bukan itu sahaja, tubuh berkotak bersama sistem dwi-kamera utama dan panel hadapan bertakuk kecil turut melengkapi peranti pintar ini.
Ini sahaja serba sedikit informasi mengenai peranti yang diketahui buat masa ini. Memetik perkongsian Oppo di Lazada, peranti ini bakal tiba di Malaysia pada 5 Jun 2022. Oleh itu, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi kelak bagi melihat lebih lanjut mengenai peranti termasuklah harga jualannya.