Cari @ Amanz

Digi hari ini memperkenalkan pelan prabayar baharu mereka, dinamakan sebagai Digi Prepaid NEXT20.

Pelan baharu ini menawarakan akses asas kepada mereka yang mencari pelan prabayar pada harga rendah. Ia ditawarkan pada harga RM20 sebulan, dan memberikan akses data berkelajuan tinggi sebanyak 20GB, selain akses sosial tanpa had ke perkhidmatan Facebook, Instagram, TikTok dan juga Twitter. Pakej ini juga menawarkan akses hotspot sebanyak 1GB.

Disamping itu, Pakej Data Khas Belia juga ditambah-baik, dan menawarkan semua ciri-ciri sama seperti pelan Digi Prepaid NEXT20, termasuk tambahan 5GB data dan panggilan tanpa had selama 12 bulan. Pakej ini terhad kepada mereka yang berumur 12 ke 24 tahun sahaja.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd