Siri Redmi K50 yang pada mulanya diperkenalkan pada bulan Mac yang lalu dilihat bakal dikemaskini dengan model baharu lagi. Mungkin dikenali sebagai Redmi K50 Ultra, spesifikasinya kini tertiris menerusi perkongsian Digital Chat Station di Weibo.

Ia menunjukkan peranti mungkin dilengkapi dengan cip pemprosesan terkini Snapdragon 8+ Gen1. Seterusnya, panel OLED beresolusi FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz turut digunakan. Sebagai tambahan, ia turut menyokong ciri DC Dimming untuk pengalaman penggunaan lebih baik. Jenis skrin pula adalah rata dan berlubang untuk sokongan kamera hadapan tunggal.

Selain daripada itu, sensor 50MP turut akan digunakan untuk kamera utama. Prestasinya dikhabarkan akan lebih baik berbaik berbanding sensor 100MP pada variasi pro sebelum ini. Kapasiti bateri pula mungkin di antara 4,800mAh hingga 5,000mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas 100W. Peranti pintar ini dijangka dipasarkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini.

Namun begitu,pihak Redmi masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kewujudan peranti tersebut setakat artikel ini ditulis. Justeru itu, adalah lebih baik sekiranya kita menganggap maklumat yang dikongsi ini masih di peringkat ura-ura.
- Sumber – Digital Chat Station