Cip Google Tensor Untuk Pixel 7 Adalah Jenis 4nm Yang Dibina Oleh Samsung

Diterbitkan pada Jun 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google Pixel 6 dan Pixel 6 Pro adalah telefon pintar pertama Google yang menggunakan cip pemprosesan tersendiri. Cip ini adalah cip yang dibina berasaskan Exynos daripada Samsung yang menggunakan spesifikasi untuk cip 7nm tetapi diolah kepada 5nm agar lebih efisien.

Untuk Pixel 7 dan Pixel 7 Pro akan datang, ia dijangka akan hadir dengan cip pemprosesan Google Tensor generasi baharu. Cip baharu ini akan membantu untuk ciri kecerdasan buatan memfokuskan kepada imej, video, sekuriti dan pengecaman suara.

Google Tensor

Laporan daripada DDaily.co.kr, cip Tensor baharu ini dikatakan akan masih dibina oleh Samsung. Cip ini dikatakan akan menggunakan binaan 4nm dan bukannya 5nm. Tiada spesifikasi utama, selain dikatakan akan menggunakan teknologi PLP iaitu panel level package. PLP ini adalah satu teknik untuk memastikan cip dihasilkan dengan kualiti lebih baik dan mengurangkan kos.

Cip Tensor pada Pixel 6 menggunakan CPU dwi Cortex-X1 dengan ARM A76 yang pada asalnya dihasilkan Samsung untuk cip Exynos 7nm, tetapi diolah kepada 5nm. Cip Tensior generasi baharu akan datang turut dijangka akan mempunyai kemampuan prestasi yang lebih baik degan penggunaan kuasa yang lebih efisien.

Sama-sama kita nantikan butiran lanjut mengenai cip ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami