Cari @ Amanz

Vivo telah mengemaskini rangkaian peranti di bawah siri Y dengan memperkenalkan Vivo Y33e. Ia hadir dengan sokongan 5G terbina menerusi cip MediaTek Dimensity 700, di samping kapasiti bateri cukup besar 5000mAh.

Untuk spesifikasi khusus, Vivo Y33e 5G dilengkapi skrin 6.51-inci LCD beresolusi HD+ dengan kadar segar semula standard 60Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan memori 4GB RAM dan storan dalaman 128GB. Kapasiti bateri pula sebesar 5,000mAh dengan sistem pengecasan 10W.

Sistem dwi-kamera utama turut digunakan dengan tetapan 13MP + 2MP, seterusnya kamera hadapan pula sebesar 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah menjalankan OriginOS Ocean berasaskan Android 12, port sambungan USB-C, bicu audio 3.5mm dan banyak lagi. Vivo Y33e 5G dijual di China pada RMB1299 (~RM852) (4GB/128GB).

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd