Cari @ Amanz

Pada bulan Oktober lepas, Facebook telah mengubah nama syarikat mereka kepada Meta. Lanjutan daripadanya, kini mereka turut berkongsi yang mana syarikat berkenaan akan didagangkan di bursa Nasdaq dibawah simbol META bermula 9 Jun 2022 ini.

Ini akan menggantikan penggunaan simbol FB yang digunakan oleh Facebook sejak 2012 lepas.

Facebook Meta

Dengan langkah ini, ia selangkah lagi ke hadapan dalam penjenamaan penuh syarikat mereka sebagai Meta Platforms.

Dibawah Meta Platforms, kini terdapatnya Facebook, Instagram, Whatsapp, Oculus dan beberapa yang lain – termasuk yang memfokuskan metamesta dinamakan Reality Labs.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd