Dizo turut dikenali sebagai pengeluar jam tangan pintar asas yang memberi fokus terhadap kesihatan dan kecergasan pengguna. Terkini, mereka dilihat bakal hadir dengan penawaran baharu menerusi Dizo Watch D. Ia bakal diperkenalkan secara rasminya di India pada 7 Jun 2022.
Ia juga lengkap dengan rekaan muka jam berbentuk segi empat dengan padanan tubuh berasaskan logam. Skrin yang digunakan bersaiz 1.8-inci yang mana dikhabarkan 15% lebih besar berbanding variasi sedia ada.
Melengkapi jam tangan ini juga adalah butang fizikal pada sisi untuk sejumlah kawalan padanya. Tali sejenis silikon lembut turut digunakan dengan cangkuk standard seumpama seutas jam tangan biasa. Beberapa pilihan warna yang disediakan termasuklah hitam, biru dan putih.
Dari segi fungsi, Dizo Watch D didatangkan dengan lebih 150 pilihan muka jam secara terbina. Widget pada muka jam tangan juga boleh dikostumasi mengikut keperluan pengguna. Akhir sekali, Dizo Watch D turut sama melepasi penarafan kalis air sehingga 50 meter.
Untuk lebih lanjut, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi kelak.