Cari @ Amanz

Maxis kini telah mula memfokuskan kepada pelaburan melibatkan syarikat teknologi pemula, sekaligus menyokong perkembangan ekosistem teknologi di Malaysia.

Memulakan inisiatif tersebut, Maxis kini melabur pada GuruLab – sebuah syarikat memfokuskan kepada analitik melibatkan pendidikan.

Maxis dan GuruLab sebelum ini pernah berkongsi untuk eKelas – iaitu platform pendidikan Maxis. Selain daripada pelaburan dari segi duit, Maxis juga akan membantu dengan berkongsi kelebihan dan pengalaman serta bakat Maxis bersama GuruLab.

Maxis mengatakan dengan menyokong pelbagai platform dan startup, ia selari dengan visi Maxis membawa teknologi ke penggunaan harian.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd