Penawaran Honor Earbuds 3 Pro untuk pasaran Malaysia turut diumumkan pada acara hari ini. Ia dijual pada harga RM699 dengan beberapa pilihan warna seperti White dan Grey. Bagi yang berminat, ia boleh didapati menerusi beberapa platform berbeza termasuk kedai atas taliam rasmi Honor, Lazada dan Shopee.

Untuk spesifikasi, Honor Buds 3 Pro dilengkapi pemandu audio bersaiz 11mm, di samping mikrofon dengan sensor piezoelektrik untuk penggunaan lebih baik. Selain itu, ia juga hadir dengan sejumlah fungsi tambahan lain seperti pembatalan hingar adaptif, kebolehan membaca suhu badan, tambatan pantas menerusi blutooth 5.2 dan pelindungan piawaian IP54.

Dengan bateri sebesar 410mAh, Honor Buds 3 Pro mampu beroperasi mencapai tempoh 6 jam pada buds asal, kemudian meningkat kepada 24 jam apabila dipadankan dengan pod pengecas. Port sambungan USB-C turut disertakan untuk proses pengecasan semula fon telinga apabila perlu.