Xiaomi Malaysia kini dalam persediaan untuk pelancaran produk baharu lagi. Menariknya menerusi pengenalan produk kali ini adalah Xiaomi buat pertama kalinya membawa masuk komputer riba ke pasaran tempatan. Melaluinya, RedmiBook 15 bakal diperkenalkan dan ketersediaan adalah pada 6 Jun 2022.

Buat masa ini, Xiaomi Malaysia masih belum berkongsi dengan lebih lanjut mengenai penawaran dan perkakasan dalaman pada komputer riba ini. Bagaimanapun, RedmiBook 15 sebelum ini pernah diumumkan di India dengan CPU Intel Core i3-1115G4, GPU Intel UHD Graphics, memori 8GB DDR4 3200MHz dan storan mencapai 512GB PCIe NVMe SSD.

Ia juga lengkap dengan skrin sebesar 15.6-inci beresolusi FHD dan bateri 46WHr dengan sistem pengecasan 65W. Bagi melihat sama ada, ia adalah model yang sama atau sebaliknya. Sama-sama nantikan perkembangan lebih lanjut berhubung perkara ini dari masa ke semasa.