Sejak kebelakangan ini, salah satu perkara yang sering diadu oleh orang ramai adalah berkenaan dengan harga tambang perkhidmatan seru-pandu yang meningkat mendadak. Ada yang mengatakan ia meningkat sehingga 400%, dan kementerian sendiri telah memulakan semakan berkaitan dengannya.
Menyentuh mengenainya, kini AirAsia Ride mengatakan mereka komited dalam memastikan tambang adalah berpatutan untuk pemandu dan penumpang.
AirAsia Ride menyaksikan permintaan yang tinggi dikalangan pengguna. Apa pun, AirAsia Ride janji tidak menghukum pengguna untuk bayar berganda, sebaliknya memastikan tambang adalah berpatutan.

Selain untuk pengguna, AirAsia Ride juga mengatakan tambang turut adalah berpatutan dan dapat menampung masa tambahan dalam trafik untuk pemandu ketika waktu puncak.
Pada hari ini, AirAsia Ride mempunyai sekitar 30,000 pemandu pada platform berkenaan.
Selari dengan perkongsian ini, AirAsia Ride akan tawar potongan RM5 untuk 10km pertama utuk perjalanan menggunakan aplikasi AirAsia Ridee pada 2 Jun 2022 di seluruh Malaysia.
