Google Akan Satukan Google Duo Dan Google Meet Menjadi Satu Aplikasi

Diterbitkan pada Jun 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google hari ini mengumumkan mereka akan menyatukan dua aplikasi memfokuskan panggilan video mereka menjadi satu, kelak pada tahun ini. Dua aplikasi berkenaan adalah Google Duo dan juga Google Meet.

Google Duo

Google Duo sedia ditawarkan dalam memudahkan pengguna melakukan panggilan video tanpa memerlukan akaun Google, disamping panggilan berkumpulan sehingga 32 orang, serta sejumlah ciri tambahan lain. Aplikasi ini juga hadir terbina pada sejumlah peranti Android.

Sementara Google Meet pula lebih memfokuskan arena telesidang dalam memudahkan panggilan video dan menguruskan sejumlah perkara lainn.

Google mengatakan mereka akan menyatukan ciri-ciri yang ditawarkan pada kedua-dua aplikasi ini. Kelak, pada tahun ini, aplikasi Google Duo juga akan dijenamakan kepada Google Meet.

komen


© Amanz / 2022 Kami