Asus kini secara rasminya menyatakan telefon pintar memfokuskan permua daripada mereka bakal dilancarkan pada 5 Julai 2022 kelak. Telefon pintar ini akan dikenali dengan nama Asus ROG Phone 6.

Buat masa ini, info penuh berkenaan penawaran yang akan disediakan masih menjadi tanda tanya. Asus secara rasmi sebelum ini turut telah mengatakan ia bakal dijana dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan rasmi Asus ROG Phone 6 ini, termasuk perkongsian lanjut berkenaan telefon permua ini dalam minggu-minggu akan datang.