Selepas bertugas selama 14 tahun, Sheryl Sandberg meletakkan jawatan beliau sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) Meta. Pengumuman dilakukan sendiri oleh Sandberg menerusi akaun rasmi Facebook awal pagi tadi. Tugas beliau diambil alih oleh Javier Olivan yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Pertumbuhan (CGO) di Meta bermula musim luruh akan datang.

Walaupun telah melepaskan jawatan sebagai CFO Meta, Sandberg masih lagi akan bertugas dalam barisan lembaga pengarah syarikat. Selepas meletakkan jawatan, Sandberg akan memberikan tumpuan kepada badan-badan amal yang diterajui beliau. Sebelum bertugas di Meta beliau merupakan ketua operasi dan jualan global di Google dan juga ketua kakitangan Jabatan Perbendaharaan A.S di bawah pentadbiran Presiden Bill Clinton.