Oppo A77 5G Dilancarkan Dengan Dimensity 810, Bateri 5000mAh

Diterbitkan pada Jun 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo A77 telah dilancarkan secara rasminya di Thailand. Ia merupakan peranti 5G dengan janaan cip MediaTek Dimensity 810 dan bateri besar 5000mAh. Ia juga telah disahkan tiba untuk pasaran Malaysia pada 6 Jun 2022.

Untuk spesifikasi khusus, Oppo A77 5G dilengkapi skrin sebesar 6.56-inci HD+ dengan kadar segar semula sehingga 90Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan memori 6GB RAM (LPDDR4x) dan storan dalaman 128GB (UFS2.2). Bateri pula sebesar 5000mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas 33W.

Sistem dwi-kamera digunakan dengan tetapan 48MP + 2MP, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah bluetooth 5.3, port sambungan USB-C, NFC dan banyak lagi. Untuk harga, Oppo A77 5G dijual pada THB 9,999 (~RM1,277).

komen


© Amanz / 2022 Kami