Cari @ Amanz

Instagram Kini Menyokong Hebahan AMBER Alert Untuk Kanak-Kanak Hilang Di Malaysia

Link Copied!

Tiada ibu bapa yang ingin anak mereka hilang. Oleh sebab itu America’s Missing: Broadcast Emergency Response (AMBER) Alert diperkenalkan pada tahun 2000 selepas kes berprofil tinggi meleibatkan Amber Hagerman pada tahun 1996. Di Malaysia sistem yang sama diberikan nama National Urgent Response (NUR) Alert sejak 2014 yang mengambil nama Nurin Jazlin Jazimin yang diculik sebelum dibunuh pada tahun 2007.

Instagram hari ini mengumumkan bahawa AMBER Alert akan disokong pada platform bermula hari ini di Amerika Syarikat sebelum dikembangkan ke 25 lagi negara termasuk Malaysia dalam masa beberapa minggu sahaja lagi. Hebahan AMBER Alert akan memaklumkan individu berhampiran kehilangan dilaporkan berdasarkan lokasi peranti dan IP. Sebelum ini NUR Alert disokong dalam Facebook sejak 2016 lagi menerusi kerjasama PDRM.

Maklumat nama kanak-kanak yang hilang, gambar, paras rupa, lokasi terakhir dan maklumat penting yang lain akan dipaparkan dalam susur masa Instagram. Dari hebahan yang dipaparkan, pengguna boleh menghubungi terus pihak berkuasa bagi memberikan bantuan atau maklumat mengenai kanak-kanak yang hilang.


Komen ()