Cari @ Amanz

Dengan pelbagai desas-desus sebelum ini, kini TrendForce turut mengatakan perkara sama, dimana sebanyak empat model akan ditawarkan dibawah iPhone 14, tetapi hanya dua model sahaja akan dilengkapi dengan cip pemprosesan baharu.

Siri iPhone 14 dijangka dilengkapi dengan cip taahun lepas, sementara hanya siri iPhone 14 Pro shaaja akan dilengkapi dengan cip terkini Apple.

Dengan langkah ini, Apple dijangka akan memberikan posisi dan strategi pemasaran baharu untuk siri “Pro”. Pada masa yang sama, ia juga mungkin menawarkan sedikit perbezaan harga – membolehkan lebih ramai mendapatkan model berharga biasa.

Ia tidak diketahui mengapakah Apple melakukaan perubahan ini – dan mungkin ia berkait dengan kesukaran pengeluaran cip pemprosesan yang dihadapi pada peringkat global.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd