Cari @ Amanz

Tumi adalah jenama beg pakaian, beg galas dan pelbagai lagi jenis beg yang mewah. Produk mereka cukup terkenal dengan bahan binaan nilon balistik. Tumi turut mempunyai beg elektronik, yang mana mempunyai panel solar terbina untuk mengecas peranti. Sekitar tahun 2016, Tumi dibeli oleh Samsonite menjadi anak syarikat mereka.

Terkini, mereka telah bekerjasama dengan Razer untuk empat produk baharu. Dengan Razer ini, mereka mempunyai beg pakaian (bagasi), beg galas, beg sandang dan juga sarung komputer riba. Setiap produk ini menggunakan tema warna Razer, iaitu hitam dengan aksen hijau berserta logo ular ikonik mereka.

Produk pertama adalah sarung komputer riba yang sesuai komputer riba bersaiz 15-inci, kedua pula adalah beg sandang Bozeman Sling untuk menyimpan kabel, barangan permainan mudah alih dan seangkatan dengannya. Ketiga pula adalah beg galas Finch Backpack untuk menyimpan barangan lain yang lebih besar, berat atau sensitif dan terakhir adalah Internation Expandable 4 Wheeled Carry-On Luggae iaitu bagasi dengan bahan binaan kitar semula, serta port USB-C untuk pengguna mengecas peranti.

Buat masa ini, ia hanya dijual di Singapura dan mungkin akan dijual di Malaysia. Tetapi kolaborasi antara Tumi dan Razer ini adalah terhad kepada 1,337 unit sahaja di mana nombor ini mewakili perkataan LEET iaitu Elite sebagai tanda ini adalah produk premium.

Harga jualan adalah seperti berikut;

  • TUMI | Razer International Expandable 4 Wheeled Carry-On Luggage – S$1,200 (~RM3830)
  • TUMI | Razer Finch Backpack – For 15” Laptop – S$920 (~RM2936)
  • TUMI | Razer Bozeman Sling Bag at S$760 – (~RM2426)
  • TUMI | Razer Laptop Sleeve – For 15” Laptop – S$270 (~RM862)
© 2023 Amanz Media Sdn Bhd