Lagi Ura-Ura Mengatakan Butang “Edit” Twitter Akan Hadir Tahun Ini

Diterbitkan pada Jun 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ciri yang paling diinginkan pengguna Twitter sejak perkhidmatan dilancarkan ialah butang suntingan yang membolehkan ciapan yang dihantar disunting sekiranya berlaku kesalahan ejaan, fakta atau pautan. Jack Dorsey sebelum ini mengatakan beliau tidak mahu menawarkan ciri ini tetapi Twitter sendiri mengatakan ciri sudah dibangunkan dengan ia akan diuji oleh pengguna Twitter Blue terlebih dahulu.

Laporan Bloomberg hari ini memetik sumber dalaman yang mengatakan butang “edit” akan diberikan kepada pengguna tahun ini. Ciapan boleh disunting untuk tempoh yang terhad selepas dihantar dengan sebarang perubahan yang dilakukan akan dipaparkan serta boleh dilihat oleh pengguna lain.

Sejak Twitter ingin dibeli oleh Elon Musk, pelbagai ciri baharu diperkenalkan. Urusan pembelian kini tergantung kerana Musk memberikan pelbagai alasan untuk tidak meneruskannya sehingga berbalah dengan kakitangan Twitter secara terbuka.

Bagi insan yang mempunyai masalah mengeja seperti saya, kehadiran ciri suntingan ciapan ini amatlah kami nantikan sama ada sebelum atau selepas diambil alih Elon Musk.

komen


© Amanz / 2022 Kami