(Ura-Ura) Peranti Mercu Vivo Akan Datang Dijangka Menyokong Pengecasan Pantas 200W

Diterbitkan pada Jun 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Salah satu hal yang penting dalam penawaran peranti pintar hari ini adalah kebolehan tidak perlu mengecas dalam jangka masa yang panjang. Setakat ini, Realme GT Neo3 dan OnePlus Ace 5G adalah antara peranti pintar yang telah dikomersialkan dengan pengecasan cukup tinggi mencapai 150W. Dalam perkembangan berbeza, Xiaomi juga telah mempamerkan teknologi pengecasan pantas HyperCharge 200W, tetapi ia belum tersedia untuk penggunaan komersial.

Bagaimanapun, kini timbul desas-desus mengenai kemungkinan sistem pengecasan pantas 200W akan digunakan pada peranti mercu Vivo yang akan datang. Menurut perkongsian Digital Chat Station di Weibo, Vivo dilaporkan sedang membangunkan peranti mercu baharu yang akan menawarkan pengecasan pantas 200W. Kepala pengecas pula boleh mencapai 20V/10A, di samping ia turut serasi untuk digunakan dengan teknologi pengecasan pantas lain seperti 120W, 80W dan 66W.

Vivo X80 Pro Dengan Pengecasan Pantas 80W

Buat masa ini, tiada maklumat mengenai model Vivo yang akan dilengkapi sistem pengecasan pantas ini. Dalam masa sama, spesifikasi pada peranti turut masih menjadi tanda tanya. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berhubung hal ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami