Samsung Memegang 74% Pasaran Peranti Skrin Boleh-Lipat Pada Q1 2022

Diterbitkan pada Jun 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung memegang 74% pasaran peranti skrin boleh-lipat dunia pada suku pertama 2022 menurut laporan DSCC yang diterbitkan minggu ini. Sebanyak 2.22 juta peranti skrin boleh-lipat dikeluarkan pada suku ini yang bersamaan peningkatan 571% berbanding suku yang sama tahun 2021.

Huawei di tangga kedua dengan pegangan 20% dengan pengeluar lain masing-masing memegang kurang daripada 2% pasaran. Samsung Galaxy Z Flip3 ialah peranti dengan jualan tertinggi dengan pegangan 51% diikuti oleh Samsung Galaxy Z Fold3 dan P50 Pocket. Dominasi Samsung dalam pasaran peranti skrin boleh-lipat berlaku kerana mereka menjual peranti di pelbagai pasaran global.

komen


© Amanz / 2022 Kami