Asus Malaysia kini hadir dengan promosi khusus, menawarkan Xbox PC Game Pass secara percuma untuk sebulan kepada para pembeli komputer riba ROG dan TUF bermula daripada 1 Januari 2022 lepas.
Dengan adanya PC Game Pass ini, pengguna boleh mendapatkan akses kepada lebih 100 permainan berkualiti tinggi, dan memainkan ia pada komputer riba yang dibeli anda tersebut. Pas langganan ini ditawarkan pada harga RM15 sebulan.

Pembeli komputer riba Asus tersebut hanya perlu melakukan pendaftaran ringkas, dan anda akan menerima langkah seterusnya untuk menebus kod percuma.
Sementara itu, anda turut boleh mencuba PC Game Pass ini pada harga RM5 untuk tempoh tiga bulan pertama.