TCL Stylus 5G Hadir Dengan Sokongan Input Stylus, Kamera 50MP, Cip MediaTek

Diterbitkan pada Jun 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

TCL merupakan salah satu pengeluar peranti yang menawarkan sejumlah telefon berspesifikasi pertengahan pada harga kompetitif. Hari ini, TCL turut memperkenalkan sebuah telefon dengan sokongan stylus, serta menyokong rangkaian 5G.

Dinamakan sebagai TCL Stylus 5G, ia dipasarkan di Amerika Syarikat buat masa ini. Ia menggunakan skrin 6.81-inciĀ  LCD pada resolusi 1080p, dilengkapi cip MediaTek Dimensity 700 5G, memori 4GB RAM, dan juga storan 128GB.

Ia turut dilengkapi dengan bateri 4000mAh, disamping sokongan bicu audio 3.5mm. Pada bahagian kamera, ia menyertakan empat kamera belakang dengan sensor utama 50MP. Disamping itu, ia menggunakan kamera hadapan 13-megapixel.

Membezakan ia berbanding pelbagai peranti berspesifikasi pertengahan lain adalah ia turut menyertakan sokongan stylus. Ini sekaligus memudahkan anda melakar dan mencatat pada telefon tersebut.

Buat masa ini, TCL sekadar menawarkan telefon ini di Amerika Syarikat sahaja. Mungkin kita akan melihat ia ditawarkan di negara-negara lain dalam masa terdekat ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami