iPadOS 16 Dijangka Menawarkan Pengalaman Multi-Tugasan Yang Diberikan Nafas Baharu

Diterbitkan pada Jun 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple bakal mengadakan acara WWDC pada minggu hadapan, dan salah satu perisian yang bakal diperkenalkan adalah kemaskini kepada sistem operasi iPad, iaitu iPadOS.

Apple dijangka memperkenalkan iPadOS 16 pada acara berkenaan, dimana ia bakal menawarkan sejumlah perkara baharu.

Melalui laporan Bloomberg, ia dikatakan iPadOS 16 bakal menawarkan rekaan multi-tugasan yang direkabentuk kembali. Ciri ini dijangka memudahkan para pengguna bertukar-tukar antara tugasan dan juga aplikasi.

Secara kasar, ia dijangka akan menawarkan pengalaman seumpama macOS – sekaligus membawa iPad menyerupai sebuah komputer riba dari segi sokongan multi-tugasan.

Disamping itu, iPadOS juga dijangka akan memudahkan pengguna untuk mengubah saiz tetingkap dengan mudah – lebih kurang seperti pada komputer.

Dengan perkongsian baharu ini, sama-sama kita nantikan bagaimanakah ia akan berfungsi sepenuhnya pada iPad, dan bagaimanakah iPad dan Mac akan melengkapkan pasaran masing-masing.

komen


© Amanz / 2022 Kami