WhatsApp Desktop Menguji Ciri Menapis Mesej Yang Belum Dibaca

Diterbitkan pada Jun 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

WhatsApp Desktop semakin lama menjadi semakin baik, dengan sokongan peranti terpaut untuk menggunakan WhatsApp tanpa telefon pengguna aktif. Kelak, WhatsApp turut boleh digunakan kepada lebih banyak peranti seperti Telegram.

Kemaskini terkini untuk WhatsApp Desktop, dilihat bakal memperkenalkan ciri menapis mesej. Sebelum ini, WhatsApp Desktop hanya boleh mencari mesej dan itu pun untuk telefon yang aktif. Jika tidak mesej tidak akan diselarikan sepenuhnya dan tidak semua boleh dicari.

Ciri menapis WhatsApp Desktop ini adalah untuk menapis mesej yang belum dibaca agar m udah untuk pengguna cari mesej-mesej penting yang terlepas pandang dan belum dibaca. Ciri ini sebelum ini ditawarkan untuk pengguna WhatsApp Business, kelak ciri ini akan ditawarkan untuk semua pengguna pula.

Dalam cubaan saya, ciri ini dilihat sudah tiba untuk WhatsApp Desktop pada Windows. Tetapi antaramuka berbeza dengan apa yang sumber kongsi. Ia tiada pilihan untuk Clear filter dan hanya boleh lihat hasil carian sahaja. Ia mungkin ditawarkan secara berperingkat dan tidak pasti lagi bila ia akan diedarkan secara lebih meluas.

Pada masa yang sama, sumber turut menemui yang WhatsApp Desktop untuk Windows kelak turut boleh menghantar gambar dan video untuk dilihat satu kali, seperti yang pernah ditawarkan pada telefon pintar sebelum ini. WhatsApp Desktop untuk Windows kelak juga boleh menghantar mesej suara, memudahkan lagi pengguna yang menggunakan platform ini sepenuhnya.

komen


© Amanz / 2022 Kami