Cari @ Amanz

Leica Dan Panasonic Akan Bekerjasama Membangunkan Teknologi Kamera Serta Lensa

Link Copied!

Leica dan Panasonic mengumumkan kerjasama baharu di bawah nama L² Technology bagi membangunkan teknologi bersama yang kemudiannya akan digunakan pada kamera serta lensa.

Nama L² Technology digunakan kerana ia menggabungkan nama Leica dan jenama LUMIX yang digunakan oleh Panasonic. Kepakaran optik dan penggambaran Leica akan dipadankan dengan kepakaran video serta teknologi digital Panasonic bagi menghasilkan produk yang memenuhi keperluan pengguna moden.

Melalui kerjasama ini, kedua-dua syarikat akan bersama-sama melabur dalam teknologi baharu yang boleh digabungkan ke dalam produk kamera dan lensa, dan akan menggabungkan teknologi yang dibangunkan bersama ke dalam produk Leica dan LUMIX masing-masing untuk meningkatkan lagi keupayaan produk mereka.


Komen ()