Cari @ Amanz

Rekaan Realme GT Neo 3T Diperlihatkan – Mirip Realme Q5 Pro

Link Copied!

Realme GT Neo 3T bakal dilancarkan secara global pada 7 Jun 2022. Pengenalannya kelak sekaligus menyertai beberapa model sedia ada di bawah siri yang sama seperti Realme GT Neo3 (80W) dan Realme GT Neo3 (150W). Pada masa sama, ia juga dikhabarkan hanyalah Realme Q5 Pro yang dijenama semula untuk beberapa pasaran luar.

Spekulasi itu seakan benar apabila Realme Global kini berkongsi rekaan untuknya menerusi ciapan terkini di Twitter. Ia menunjukkan peranti dengan kemasan tubuh bercorak dam yang berwarna kuning. Turut kelihatan, modul kamera berbentuk segi empat yang memuatkan sistem tri-kamera dengan dua sensor daripadanya bersaiz besar. Sebagai tambahan, terdapat juga dua LED Flash yang disertakan bersama-sama dengannya.

Tiada maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi. Namun begitu, peranti dikatakan hadir dengan skrin AMOLED 6.62-inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia turut dipadankan dengan Snapdragon 870, memori sehingga 12GB RAM dan 256GB. Bateri pula 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W. Tetapan kamera terdiri dengan 64MP + 8MP + 2MP dan kamera hadapan adalah 16MP.


Komen ()