Cari @ Amanz

Polis Menumpaskan Kegiatan Melombong Kriptowang Haram Di Pasir Mas

Oleh Nazrin

Link Copied!

Sindiket pelombongan kriptowang haram bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Kebanyakannya dilihat menggunakan lokasi-lokasi tersembunyi dan juga menggunakan tenaga elektrik yang dicuri daripada premis-premis lain untuk mengelak membayar bil elektrik yang tinggi.

Terkini, New Straits Times telah melaporkan bahawa pihak polis telah menumpaskan sebuah lagi sindiket melombong kriptowang haram di Pasir Mas, Kelantan baru-baru ini. Mereka telah melakukan sebuah serbuan keatas sebuah rumah di kawasan tersebut, dan menemui sejumlah besar kelengkapan komputer yang digunakan untuk melombong kriptowang tersebut yang dianggarkan bernilai RM30,000-RM40,000.

Dalang disebalik kegiatan pelombongan kriptowang tersebut juga telah ditahan, yang merupakan seorang juruteknik komputer berumur 32 tahun, dan juga dikatakan bahawa siasatan keatas kegiatan ini telah berlaku sejak beberapa bulan yang lalu.


Komen ()