Gboard Kini Menyokong Ciri mengubah Teks Ke Pelekat Untuk Semua Peranti Android

Diterbitkan pada Jun 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Gboard tidak dinafikan adalah antara aplikasi papan kekunci yang menarik untuk digunakan pada peranti Android. Ia mempunyai banyak ciri dan fungsi yang membuatkan pengalaman penggunaan lebih seronok, seperti Emoji Kitchen.

Terkini, Gboard telah mengemaskini aplikasi mereka untuk membawakan ciri yang sebelum ini terhad pada peranti Pixel ke semua peranti Android – iaitu kemampuan mengubah teks ke pelekat. Pengguna hanya perlu masukkan teks seperti “Good Morning” berserta dengan emoji atau ucapan cinta “I Love You sayang” turut berserta dengan emoji – Gboard akan menjana pelbagai pilihan pelekat yang berkaitan degan teks yang ditaip.

Kemaskini ini turut membawakan 1600 kombinasi baharu pelekat pada Emoji Kitchen bertemakan musim panas. Sementara, Google turut tidak lupa untuk pengguna kurang upaya. Ciri pada Sound Amplifier kini boleh mengurangkan lagi kesan hingar atau bunyi bising di latar untuk audio yang lebih jelas.

Ciri untuk pengguna kurang upaya penglihatan pula, kini ditambah baik iaitu Lookout. Melalui ciri ini mod teks, mod dokumen, mod makanan dan mod teroka akan menjadi lebih baik dan lebih tepat. Ciri ini membolehkan mana-mana imej dibuka pada mana-mana bahagian peranti dan imej itu akan mempunyai deskripsi.

Ciri Gboard baharu boleh diakses dengan kemaskini pada Play Store, sementara ciri untuk pengguna kurang upaya tadi perlu tunggu Google edarkan melalui Google Play Services dan pengeluar peranti aktifkan terlebih dahulu.

komen


© Amanz / 2022 Kami