Sony Akan Membina Teknologi Laser Untuk Tujuan Telekomunikasi Diantara Satelit Di Angkasa

Diterbitkan pada Jun 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sony telah melancarkan anak syarikat baru mereka yang dinamakan Sony Space Communications Corp yang dilihat akan bertanggungjawab untuk membangunkan teknologi laser yang akan digunakan sebagai satu cara untuk satelit-satelit di angkasa untuk berkomunikasi diantara satu sama lain, dan juga stesen angkasa di muka bumi.

Ia dianggarkan bahawa terdapat sekitar 12 ribu satelit di atmosfera bumi, dan kebanyakan daripadanya menggunakan gelombang radio untuk berkomunikasi diantara satu sama lain, dan baru-baru ini, untuk memudahkan komunikasi, semakin banyak syarikat, seperti SpaceX telah membangunkan teknologi komunikasi laser ini untuk mengelak masalah pertembungan gelombang radio.

Sony buat masa ini masih belum mengesahkan lagi bilakah mereka akan mula menawarkan teknologi ini kepada satelit-satelit akan datang, tetapi ujian untuk teknologi ini telahpun dijalankan pada tahun 2020 dimana Sony telah berjaya menghantar data gambar dari Stesen Angkasa Antarabangsa ke stesen di muka bumi.

komen


© Amanz / 2022 Kami