Cari @ Amanz

OnePlus Akan Menjenamakan Semula Peranti Oppo A57 4G Sebagai Peranti Mereka Sendiri

Link Copied!

OnePlus yang sebelum ini adalah jenama tersendiri telah pun menjadi sub-jenama kepada Oppo. Perubahan ini mula berlaku selepas Carl Pei meninggalkan OnePlus dan Pete Lau mula bertanggungjawab untuk jenama perancangan produk Oppo dan Realme.

Tidak dinafikan, sambutan jenama ini juga semakin berkurangan dan ulasan daripada orang ramai juga semakin banyak yang negatif. Antara peranti OnePlus yang meminjam spesifikasi peranti Realme adalah OnePlus 10R dan OnePlus Ace.

Terkini, dokumen FCC yang tertiris mendedahkan OnePlus turut ingin menjenamakan semula peranti Oppo sebagai peranti mereka sendiri. Dokumen ini boleh dikatakan sebagai surat kebenaran daripada Oppo membenarkan OnePlus melakukan perkara ini.

Dalam dokumen ini, ia menjelaskan yang peranti  CPH2387 akan ditukar kepada CPH2469. Pertukaran ini adalah untuk ubah jenama, menukar bateri dengan logo OnePlus, tukar kabel Oppo ke kabel merah OnePlus, membuang set fon telinga, perubahan kamera 13+2 MP ke 50+2 MP dan menjalankan Oxygen OS 12.1 berbanding Color OS.

Dalam semakan sumber, CPH2387 adalah nombor model untuk peranti Oppo A57 4G. Peranti ini mempunyai skrin 6.56-inci HD+ LCD, dijana cip Helio G35, memori 3GB RAM dan 64GB storan dalaman, dan bateri 5000mAh dengan sokongan pengecasan 33W.

Oppo A57 4G ini baru sahaja dilancarkan di Thailand minggu lalu. Tidak pasti lagi, apakah model peranti OnePlus ini dan di negara manakah peranti ini akan dijual. Apa kata anda dengan strategi baharu OnePlus ini?


Komen ()