Cari @ Amanz

Meta Menambah Tab Panggilan Audio Pada Aplikasi Messenger

Link Copied!

Aplikasi Messenger daripada Meta adalah untuk pengguna Facebook bersembang. Ia juga menyokong banyak ciri seperti mencipta bilik untuk panggilan video, dalam ruangan sembang boleh bermain permainan mini, gunakan untuk SMS juga boleh dan banyak lagi.

Terkini, Meta telah mengemaskini Messenger dengan menambah tab panggilan audio pada aplikasi.

Dengan tab panggilan ini, ia akan menyenaraikan semua panggilan audio dan panggilan video sekali bersama-sama. Tidak kira ia adalah panggilan masuk, keluar atau yang terlepas pengguna boleh lihat dalam tab ini sahaja.

Menurut Meta, penggunaan panggilan audio dan video meningkat sehingga 40% sejak tahun 2020 dengan sekitar 300 juta panggilan dilakukan setiap hari.

Kemaskini ini akan diedarkan kepada pengguna iOS dan juga pengguna Android. Dalam cubaan saya, versi beta masih tidak menyertakan lagi kemaskini ini. Ia mungkin akan diedarkan secara berperingkat kepada semua pengguna dalam masa-masa akan datang.


Komen ()