Cari @ Amanz

Setiap hari di Amanz, kami akan menggunakan Mozilla Firefox untuk menulis pelbagai artikel. Tetapi untuk penggunaan peribadi, kami akan menggunakan Microsoft Edge, Safari atau Google Chrome kerana tiga pelayar web ini mempunyai fungsi penterjemahan terbina yang tiada pada Firefox.

Baru-baru ini, Mozilla telah menambah pemalam penterjemahan Firefox Transalations untuk menterjemah laman web secara luar talian. Proses penterjemahan tidak menggunakan data-data daripada pelayan atau perkhidmatan awanan. Sebaliknya, Firefox akan memuat turun data-daya tertentu untuk semua proses dilakukan terus dari komputer pengguna.

Contoh bahasa Perancis diterjemah ke Inggeris

Penterjemahan ini adalah berasaskan Project Bergamot, iaitu projek yang dibiayai oleh Kesatuan Eropah dengan kerjasama bersama beberapa universiti. Ia adalah sistem penterjemahan berasaskan pembelajaran mesin yang semuanya boleh dilakukan secara luar talian, berbeza dengan Google dan Microsoft yang menggunakan perkhidmatan awanan.

Buat masa ini, ia masih lagi terhad kepada beberapa bahasa sahaja dan bahasa-bahasa asing terpilih ini hanya boleh menterjemah kandungan bahasa Inggeris sahaja. Jika anda berminat untuk cuba, muat turun dan pasang pemalam Firefox Translation melalui pautan di bawah;

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd