SKMM : Awas Mesej Tipu Guna Identiti Pemimpin Negara, Atau Syarikat

Diterbitkan pada Jun 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini mengeluarkan peringatan, meminta orang ramai berhati-hati dengan emel palsu yang menggunakan identiti pemimpin negara, atau syarikat yang memberikan arahan luar daripada kebiasaan.

SKMM meminta orang ramai untuk berhati-hati dan menyemak sebarang komunikasi yang diterima – serta tidak dikongsikan kepada pihak lain.

Ini adalah usaha dalam mengelak menjadi mangsa kepada aktiviti penipuan.

Orang ramai juga diminta melapor kepada pihak polis sekiranya kandungan emel yang tidak benar atau palsu diterima.

komen


© Amanz / 2022 Kami