Clubhouse Mula Kurangkan Pekerja – Kehilangan Populariti

Diterbitkan pada Jun 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Clubhouse merupakan salah satu aplikasi yang hangat diperkatakan ketika PKP disebabkan Covid-19 sekitar setahun lepas. Ketika itu, popularitinya meningkat mendadak, selain pelbagai pihak turut membangunkan penawaran audio-sosial masing-masing.

Apa pun, kini, selang setahun, Clubhouse telah mula kehilangan populariti. Angka penggunanya juga berkurangan secara drastik – malah bilik-bilik audio yang aktif sangat sedikit berbanding sebelum ini.

Clubhouse

Selari dengannya juga, kini Clubhouse telah mengurangkan angka pekerja mereka – memperlihatkan pelbagai eksekutif berpangkat besar meninggalkan syarikat tersebut.

Buat masa ini, ia tidak diketahui apakah perancangan untuk Clubhouse, dan bagaimanakah mereka akan terus menerajui arena ini. Facebook dan pelbagai syarikat lain yang menambah ciri audio sosial juga turut telah mengurangkan fokus dan mula mengintegrasikan ia bersama pelbagai fungsi lain – sekaligus mengurangkan perbelanjaan dalam pembangunannya.

Sumber : Bloomberg

komen


© Amanz / 2022 Kami