Apple Merancang Untuk Memperkenalkan MacBook Air Baru Pada WWDC

Diterbitkan pada Jun 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple akan mengadakan acara WWDC pada awal minggu hadapan, dimana pelbagai kemaskini berkaitan perisian dan sistem operasi dijangka diumumkan.

Bersama-sama dengannya, kini hadir desas-desus yang mana MacBook Air baharu dirancang untuk diperkenalkan pada acara berkenaan. Namun, sekiranya masalah kilang di China berterusan, maka Apple mungkin menangguhkan pengenalannya.

Tetapi, sekiranya diperkenalkan, maka mungkin kita akan melihat MacBook Air baharu hadir dengan cip berkemungkinan Apple M2. Ia juga mungkin hadir dengan rekaan bingkai yang nipis, selain sambungan MagSafe.

Buat masa ini sendiri, Apple sedia menghadapi masalah untuk penawaran stok MacBook Pro – dimana ia memperlihatkan tempoh penghantaran sehingga dua bulan.

komen


© Amanz / 2022 Kami