Poco Bakal Perkenal Telefon Dengan Bateri 6000mAh Pada 16 Jun

Diterbitkan pada Jun 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Poco kini menjadualkan pengenalan satu lagi telefon pintar baharu berspesifikasi pertengahan dibawah siri-C, iaitu Poco C40.

Poco C40 ini dilihat akan hadir dengan skrin 6.71-inci, dan pada masa yang sama dilengkapi bateri 6000mAh. Berkemungkinan besar, Poco akan memasarkan telefon pintar ini untuk mereka yang memerlukan kapasiti bateri besar, pada harga berpatutan.

Dengan berbaki dua minggu lagi, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang disediakan oleh Poco melalui telefon pintar Poco C40 ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami