Cari @ Amanz

Toyota Menawarkan Pek Bateri Kecemasan Untuk Rumah Jika Bekalan Elektrik Terputus

Link Copied!

Apabila berlalu gangguan bekalan elektrik kita harus sabar sahaja sebelum TNB membaiki isu yang menyebabkannya berlaku. Di masa hadapan situasi seperti ini tidak akan berlaku lagi dengan semakin banyak syarikat menawarkan pek bateri untuk kegunaan rumah.

 O-Uchi Kyuden System ialah pek bateri yang dilancarkan oleh Toyota untuk digunakan jika berlakunya gangguan elektrik. Ia berkapasiti 8.7 kWh dengan kemampuan mengeluarkan output kuasa 5.5 kW. Jika tidak digunakan sebagai bekalan elektrik sandaran, ia boleh digunakan untuk mengecas semula kenderaan elektrik di rumah.

Pada waktu ini pratempahan O-Uchi Kyuden System hanya dibuka di Jepun sahaja terlebih dahulu dengan perancangan menawarkannya ke pasaran global di masa hadapan.


Komen ()